RSS

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

22 Aug
Selamat_tinggal_ramadhan

Assalamualaikum,  di sini saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada ramadhan

Natijah puasa adalah sungguh besar tapak pengukuhannya kerana penghasilan daripada tuaian bulan Ramadhan akan digunapakai sepanjang 11 bulan yang lain. Bekalan itu mestilah kukuh dan selamat kerana ia bakal disimpan dalam tempoh yang lama sehingga menemui Ramadahan semula untuk dicas.

Ramadhan

Tuaian itu adalah Taqwa. Orang Mukmin yang berpuasa akan menemui Taqwa jika dia benar-benar berpuasa. Taqwa itu takut dan berhati-hati. Lalu puasa itu menghasilkan takut (kepada Pencipta), puasa juga menghasilkan sifat berhati-hati (terhadap dosa). Kalaulah kedua sifat itu bisa didakap semasa keberadaan Ramadhan, maka puasa kita adalah Taqwa yang sejati.

Ramadhanjgnpergi

Jangan ucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan dengan air mata yang menipu, tetapi katakan padanya ‘bahawa panjang umur kitakan bertemu semula’. Jangan jemu untuk duduk di dalam taman Ramadhan kerana disuruh berlapar dan dahaga, kerana lapar itu suatu nikmat dan ganjaran.Ramadhan bukanlah tetamu walaupun ‘dialah’ yang datang dan pergi, tetapi kitalah yang menjadi tetamunya kerana dijemput bersinggah ke dalamnya. Kita diberi peluang mengutip isinya yang sebanyak-banyaknya. Mereka yang bijak pandai adalah yang menggunakan peluang sebaiknya kerana Ramadhan yang datang belum tentu datang lagi kepadanya.

Ramadan_bakal_pergi
Koleksi_kad_raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua ahli keluarga  di mana jua berada.  Sanak saudara serta rakan2 sekalian seterusnya semua umat islam di muka bumi ini semoga berjumpa lagi ramadhan pada tahun yang akan datang.*amin

Selamat-hari-raya-aidilfitri

 

 
Leave a comment

Posted by on 2012/08/22 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: