RSS

Maher Zain – KL Merdeka Stadium Concert 2012

16 Jun

Assalamualaikum!

Untuk menambah rasa teruja di kalangan penonton konsert malam ini, kami sediakan beberapa info menarik yang kami perolehi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai mengenai Maher Zain Forgive Me Live in Concert 2012 di Stadium Merdeka malam ini. Walaupun bergitu, ia masih dikira info tidak rasmi dan bersifat ‘ura-ura’. Info ini hanya dikira benar jika ia disahkan oleh pihak Maher Zain dan penganjur sahaja.

– Dikhabarkan, Maher Zain akan membuat kejutan istimewa kepada para peminatnya di konsert malam ini dengan menunjukkan bakat bermain alat muzik. Alat muzik apa? Kena datang konsert malam ini.

– Sewaktu sidang media baru-baru ini, Maher Zain bersungguh-sungguh menyatakan yang konsert beliau pada kali ini sangat berlainan berbanding konsert beliau sebelum ini. Banyak perubahan dan pembaharuan yang bakal ditampilkan. Beberapa elemen suprise dan excitement bakal disuntik dalam persembahan kali ini. Ternyata Maher Zain berazam menjadi performer dan entertainer yang baik pada malam ini. Nantikan!

– Maher Zain akan menyanyikan lagu-lagu dari album kedua beliau, Forgive Me. Namun, ketika ditanya media, Maher Zain tidak menafikan yang beliau akan menyanyikan beberapa buah lagu dari album pertama beliau. Apa lagunya? Surprise!

– Maher Zain bakal menyanyikan 23 buah lagu pada konsert kali ini.

– Untuk lagu-lagu yang dinyanyikan dalam Bahasa Melayu, Maher Zain turut mempertimbangkan untuk menyanyikan lagu-lagu tersebut dalam Bahasa Inggeris khas untuk para peminat.

– Para pemuzik Malaysia akan mengiringi persembahan konsert Maher Zain malam ini.

– Persembahan Maher Zain pada malam ini akan mendapat sokongan vokal dari kumpulan vokal harmoni Malaysia yang terdiri dari selebriti terkenal yang mempunyai vokal mantap seperti Suffian Saujana, Faiz Brothers, komposer Frzidan dan ramai lagi.

– Adakah Maher Zain akan memenuhi permintaan peminat dengan menyanyikan beberapa buah lagu extra walaupun konsert sepatutnya sudah tamat seperti tahun lepas? Tunggu malam ini.

– Tidak seperti konsert-konsert sebelum ini, pada konsert malam ini Maher Zain akan menjemput beberapa orang peminat bertuah untuk menyanyikan lagu bersama beliau di atas pentas! WOW!

– Beberapa orang selebriti sudah mula Tweet dan berFacebook mengenai Maher Zain Forgive Me Live In Concert 2012. Kehadiran mereka pasti akan menarik perhatian lensa kamera pada malam ini.

– Sewaktu sidang media, Maher Zain ada menyebut tentang progress album ketiga beliau. Adakah Maher Zain akan memperdengarkan beberapa buah lagu baru di konsert malam ini? Doakan sahaja!

Photo

 

 

http://munsyeed.com/v1.9/2012/06/ura-ura-mengenai-konsert-maher-zain/

 
Leave a comment

Posted by on 2012/06/16 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: