RSS

Youtube Malaysia Dilancarkan / Google Launched YouTube Malaysia

28 Mar
Pada tahun lepas Google telah pun melancarkan YouTube Filipina dan juga YouTube  Singapura , dan ia membolehkan para pengguna tempatan yang menghasilkan kandungan berbentuk video atau video blog, untuk menggunakan platform daripada Google itu, dengan beberapa fungsi dan sokongan tambahan. Dan kini kelihatan YouTube Malaysia turut sama dilancarkan. Now we can access YouTube Malaysia URL at http://www.youtube.com.my

Youtube Malaysia telahpun dilancarkan secara rasminya di The Zebra Square, Kuala Lumpur pada Rabu lalu. Domain YouTube.com.my kini sudah pun kelihatan aktif, dan membawa kepada laman utama YouTube Malaysia, mempunyai domain tempatan & sudah mula menyokong Bahasa Malaysia dan berbeza dengan sebelum ini.  Secara rasminya laman YouTube yang antara paling kerap dilawati bertapak lebih kukuh di Malaysia.

Youtube sebelum ini sudah boleh diakses oleh pengguna di Malaysia tanpa sebarang masalah, tetapi dengan pengenalan laman khas untuk rakyat Malaysia membolehkan mereka menonton video yang lebih relevan dengan pengguna tempatan.

Perkara ini semestinya bakal menjadi salah satu pemangkin kepada pembangunan kandungan berbentuk video di Malaysia kelak. Ia bakal menawarkan pencarian dan penemuan kandungan tempatan dengan lebih mudah, disamping membawakan YouTube Partners kepada para pengguna dan mereka yang menghasilkan kandungan video di Malaysia.

Youtube_faizar

Ini sebenarnya sesuatu yang baik untuk industri hiburan secara keseluruhan kerana kini secara rasmi Youtube merupakan salah satu media untuk penyebaran kandungan digital hasil karya dan ciptaan anak tempatan.

Bersama-sama dengan pelancarannya, beberapa syarikat media tempatan, seperti Astro Malaysia dan KRU Studios turut sama telah bekerjasama dalam membawakan kandungan mereka melalui YouTube, manakala dari segi pengiklan tempatan pula, YouTube telah pun mendapat beberapa nama besar, termasuk MAS, Maxis, dan sebagainya

Youtube juga telah menandatangani sebuah perjanjian dengan Music Author’s Copyright Protection (MACP) untuk membolehkan pemuzik & artis di Malaysia menjana pendapatan melalui perkongsian hasil iklan di Youtube. 

Semoga kemudahan yang kita peroleh ini akan dapat digunakan untuk kebaikan sebaik mungkin. Zaman dah berubah dan Youtube adalah salah satu medium alternatif  terpenting untuk menyebarkan maklumat dalam bentuk video, maka gunkan dan manaafatkanlan ia sebaiknya.

http://www.youtube.com/user/ahmadfaizar/

 

 

 

 
Leave a comment

Posted by on 2012/03/28 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: