RSS

Karnival Karangkraf 2012

31 Jan

2012-01-29_17

2012-01-29_17

Ustaz Don

SHAH ALAM – Penantian pengunjung dan peminat setia Ustaz Don di gerai TV Al-Hijrah tidak sia-sia, apabila ustaz pujaan ramai itu muncul di pekarangan karnival petang, semalam.

Hampir 500 pengunjung berasak-asak di dalam dan luar khemah tersebut hanya untuk melihat sendiri dan mendengar tazkirah yang disampaikan Ustaz yang popular dengan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don.

Seorang penonton setia rancangan tersebut, Amin Hashim, 18, mengakui meminati gaya penyampaian Ustaz Don yang begitu bersahaja.

“Cara penyampaian beliau berbeza berbanding penceramah lain. Beliau lebih dekat dengan masyarakat terutama golongan belia.

“Penyampaian beliau dengan gayanya tersendiri mampu memikat kami untuk mendengar tazkirahnya hingga ke penghujung,” katanya.

Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Danial Don Biyajid hadir menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Cinta Rasul’.
Via: http://www.sinarharian.com.my/nasional/500-orang-serbu-ustaz-don-1.20777

 

Antara Berita-berrita  yang membuatkan kami terpergi haa..haa…

Harga rendah majalah dan buku hadiah buat pengunjung

30 Januari 2012
Harga rendah majalah dan buku hadiah buat pengunjung

SHAH ALAM – Serendah RM1! Itulah hadiah paling bermakna buat pengunjung hari terakhir karnival menambahkan koleksi novel pilihan.

Bagaikan ‘semut menghurung gula’ pengunjung berpusu-pusu mendapatkan judul pilihan terbitan Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari.

Pengurus Besar Penerbitan Grup Buku Karangkaf, Sri Diah Shaharudin berkata, pakej sebegini sememangnya strategi untuk menggalakkan lagi lebih ramai pengunjung mendapatkan bahan bacaan yang digemari.

Katanya, pakej itu juga memberi peluang golongan mahasiswa menggunakan Baucer Buku 1Malaysia mereka.

“Sambutan yang diterima sangat luar biasa, apabila kakitangan Grup Buku juga tidak menang tangan. Malah stok buku juga ditambah dari semasa ke semasa. Manakala kaunter bayaran juga terpaksa ditambah menjadi 30 buah kaunter,” katanya……..

Via: http://www.sinarharian.com.my/nasional/harga-rendah-majalah-dan-buku-hadiah-buat-pengunjung-1.20789

Kepuasan berganda

Kepuasan berganda

SHAH ALAM – Karnival Karangkraf yang bermula semalam berlangsung penuh meriah dengan kehadiran hampir 15,000 pengunjung.

Cuaca baik memboleh kan pengunjung datang seawal jam 9 pagi ke pekarangan Kompleks Media karangkraf di sini yang dipenuhi pelbagai gerai dan aktiviti keluarga.

Kemeriahan semakin dirasai sebaik bermula acara perasmian yang disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain jualan buku dan majalah yang menawarkan diskaun istimewa, ramai pengunjung teruja dengan aktiviti yang dijalankan di Zon Sinar Harian yang menyediakan pameran permotoran eksklusif dan hadiah kepada pengunjung.

Aktiviti diteruskan hari ini dengan Kejohanan YB Can Jump yang turut disertai tiga wakil rakyat pada sebelah pagi dan Konsert Anugerah PPMH Media Hiburan pada sebelah malam. ….

Ybcanjump
Ybcanjumpfun

via : http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kepuasan-berganda-1.20536

 

Sambutan hari kedua Karnival Karangkraf luar biasa

29 Januari 2012
Karnival Karangkraf
KARNIVAL KARANGKRAF

SHAH ALAM – Mengejutkan! Lebih 100,000 pengunjung menyerbu hari kedua Karnival Karangkraf 2012 semalam bagi mendapatkan harga runtuh buku dan majalah terbitan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.

Karnival tiga hari itu akan berakhir hari ini.

Kebanyakan mereka tiba seawal jam 8 pagi kerana tidak mahu melepaskan peluang merasai kemeriahannya termasuk mendapatkan tempat letak kereta yang terdekat.

Walaupun 500 tempat letak kereta disediakan penganjur, namun jumlah itu tidak mampu menampung kapasiti pada satu-satu masa, namun ia langsung tidak menjadi halangan kepada peminat-peminat produk Karangkraf.
Situasi itu juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer.
Pelbagai lapisan umur tidak melepaskan peluang mendapatkan bahan bacaan.
Penganjur juga menyediakan dua kenderaan buggy tajaan Jebsen & Jessen untuk membawa pengunjung warga emas dan kurang upaya yang turut memeriahkan karnival.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, khemah Grup Buku paling mendapat sambutan dan ia mula diserbu pengunjung seawal jam 8 pagi…..

 

300,000 pengunjung banjiri Karnival Karangkraf 2012

29 Januari 2012
Karnival Karangkraf

SHAH ALAM – Sambutan di luar jangkaan apabila lebih 300,000 pengunjung membanjiri Karnival Karangkraf 2012, sepanjang tiga hari ia berlangsung, menunjukkan tahap membaca di kalangan rakyat Malaysia masih tinggi.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussammuddin Yaacob berkata, sambutan itu juga menampakkan masyarakat kini semakin mementingkan bahan bacaan berkualiti untuk perkembangan minda yang lebih sihat.

Katanya, secara tidak langsung ia menunjukkan jenama buku keluaran Kumpulan Media Karangkraf sudah diiktiraf dan dikenali pembaca.

“Ia adalah perkembangan yang baik terhadap jenama Karangkraf yang semakin mendapat sambutan menggalakkan pembaca sepanjang tiga hari ini. Saya gembira dan akan memaparkan setiap kelainan dalam karnival akan datang buat peminat jenama keluaran Karangkraf,” katanya.

Menurut Hussamuddin, sebagai langkah penambahbaikan, pihak pengurusan akan melakukan post-mortem selepas ini.

“Ini adalah kali pertama karnival diadakan secara besar-besaran di laman Karangkraf serta melibatkan banyak penglibatan dan kerjasama pihak luar. Justeru, post-mortem itu akan mengkaji apa yang perlu ditambahbaiki di masa akan datang,” katanya.

Tambah beliau, karnival ini membuktikan moto baru Karangkraf “Membarakan Jiwa dan Minda” berjaya diterapkan ke dalam jiwa semua pembaca setia produk-produk terbitan Karangkraf.

“Saya yakin dengan kerjasama semua kakitangan, legasi Karangkraf akan terus berkembang dan memupuk minat membaca di kalangan orang muda,” katanya. ….

 

via : http://www.sinarharian.com.my/nasional/300-000-pengunjung-banjiri-karnival-karangkraf-2012-1.20749

20 motosikal meriahkan karnival
30 Januari 2012
20 motosikal meriahkan karnival

SHAH ALAM – Kehadiran deruman motosikal berkuasa tinggi mengejutkan ribuan pengunjung sekali gus menggamatkan pekarangan karnival, petang semalam.

Penyertaan kali pertama, Harley Davidson ke karnival itu, dilihat mampu mewujudkan jalinan kerjasama selain melebarkan empayar jenama permotoran terkemuka terbabit.

Naib Presiden Bahagian Pemotoran Naza Motor Group, Nik Danial Nik Mahmood berkata, peluang bekerjasama dengan akhbar Sinar Harian adalah langkah bijak untuk mempopularkan lagi jenama Harley Davidson.

via: http://www.sinarharian.com.my/nasional/20-motosikal-meriahkan-karnival-1.20797

 

 

Kutip RM11,000 sepanjang karnival

Kutip RM11,000 sepanjang karnival

SHAH ALAM – Sepanjang tiga hari karnival berlangsung, sejumlah RM11,000 diperoleh hasil Jumble Sale dan juga sumbangan daripada pelbagai agensi korporat.

Kutipan ini akan terus disalurkan ke tabung Yayasan Nur Karangkraf bagi membantu golongan memerlukan, khususnya ibu tunggal, anak yatim piatu, keluarga miskin dan warga emas. …

via : http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kutip-rm11-000-sepanjang-karnival-1.20772

Tahniah kumpulan Media Karangkraf

Foto lain sekitar  Karnival Karangkraf  2012

 

 

 
Leave a comment

Posted by on 2012/01/31 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: