RSS

Tahniah Faizah – pencapaian Mumtaz Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA)

28 Jan

Tahniah kpd calon STAM 2011 &  semua tenaga pengajar  SAM Sultan Hishamuddin Jalan Kota Raja, Klang .!

Samtsultanhisamuddin

Dipanjatkan syukur kehadarat ilahi diatas kejayaan kak long Faizah dengan pencapaian Mumtaz pada Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) yang lalu disamping mambantu sekolah , SAM Sultan Hishamuddin Jalan Kota Raja, Klang mencatatkan keputusan cemerlang dengan pencapaian keputusan melebihi 98 peratus.

Menurut maklumat di facebook http://www.facebook.com/samtish seramai 97 orang calon mendapat mumtaz bagi SMA 2011, jayyid jiddan (71 calon), jayyid (33 calon), maqbul (21 calon) dan rosib (3 calon). GPS meningkat kepada 1.9. Tahniah diucapkan.

berita selajutnya:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SAMBESTcatat100peratus/Article/index_html

 

SHAH ALAM: Sekolah Agama Menengah Bestari USJ Subang Jaya (SAMBEST) cemerlang mendahului sekolah lain di negeri ini apabila mencatat keputusan 100 peratus lulus serta gred purata sekolah (GPS) 1.24 dalam Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun lalu.

Tiga lagi sekolah yang mencatatkan keputusan cemerlang dengan pencapaian keputusan melebihi 98 peratus ialah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar Banting, Kuala Langat, SAM Sultan Hishamuddin Jalan Kota Raja, Klang dan SAM Tengku Ampuan Jamaah Seksyen 11, Shah Alam.

Keputusan peperiksaan itu yang diumumkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohamad Amir Danuri, semalam.

Seramai 3,042 calon mengambil peperiksaan SMA bagi tahun 2011 membabitkan 2,712 calon dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi manakala bakinya calon dari sekolah swasta.

Mohamad Amir berkata, keputusan keseluruhan peperiksaan SMA bagi Selangor meningkat 6.6 peratus iaitu daripada 80.2 peratus pada 2010 berbanding 86.6 peratus tahun ini. “Peratusan calon pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz (cemerlang) juga meningkat 13.3 peratus berbanding tahun 2010 hanya 9.1 peratus,” katanya dalam sidang akhbar, di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Beliau berkata, antara penerima anugerah Pelajar Cemerlang SMA 2011 ialah Ahmad Ahnaf Kasyfun Nazir dari SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan pencapaian Mumtaz iaitu 99 peratus dan pelajar dari SAMT Sultan Hisamuddin, Jalan Kota Raja, Klang yang mendapat Mumtaz (98.4 peratus).

“Selain itu, mata pelajaran Bahasa Arab 2 mencatat peningkatan 10.8 peratus kepada 87.3 peratus berbanding 76.5 peratus tahun sebelumnya, manakala Hafazan mencatat kadar lulus maksima sebanyak 100 peratus.

“Tiga subjek yang turut mencatat peningkatan iaitu Bahasa Arab 1 naik 2.6 peratus kepada 76.1 peratus, Feqah dan Tauhid dari 2.5 peratus kepada 87.3 peratus serta Tafsir dan Hadis naik sebanyak 4.1 peratus kepada 74.9 peratus,” katanya dalam majlis pengisytiharan peperiksaan SMA tahun 2011 di sini, semalam.

 


 

 

 
Leave a comment

Posted by on 2012/01/28 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: