RSS

Majlis Khatam Al-Qur’an , Qiamulail, Sahur dan kuliah subuh Perdana Selangor 2011

28 Aug

Majlis Khatam Al-Qur’an &

Dewan Solat Utama, MSSAAS 

* 27 Ogos 2011 (Sabtu) 

Program Sahur & Qiyamullail Perdana, Peringkat Negeri Selangor,  (Unit Dakwah JAIS) 

Lokasi : Dewan Makan, Dewan Solat Bawah, MSSAAS 

27 Ogos 2011, (Sabtu) , 3.00 pagi

Qiamulailsahursubuhperdana2011

2011-08-25_19
2011-08-26_19
Qiamulailsahurperdanaselangor2011

Di dewan bawah masjid kelihatan ramai yang tidur meniarap. Banyak juga kelompok-kelompok keluarga; ibu ayah dan anak-anak tidur berkelompok. Juruacara mengejutkan orang ramai jam 3 pagi dan mereka yang sudah berada di dewan tingkat atas digalakkan bertahajjud sendirian dahulu. 

Jam 3.30 Ustaz Othman Ibrahim memimpin para jemaah untuk bersolat tasbih sebanyak 4 rakaat dan diisi dengan zikir antara solat tersebut. Sesudah itu, beliau memimpin solat taubat, sedikit muhasabah diri beramai-ramai dan disudahi dengan solat sunat hajat. 

Kemudian, sahur bersama. Ramai betul orang. Banyak khemah dan kaunter makanan dibuka. Lauk ada yang dapat ikan goreng seekor. . Yang menakjubkan ramai kanak-kanak dan remaja lelaki dan perempuan. Bukannya orang dewasa sahaja.

Sesudah sahur dan bersolat subuh, penganjur iaitu Dato Dr Hassan Ali membuat ucapan dengan penuh semangat. Lepas tu, MB selangor Khalid pula berucap dan kuliah subuh disampaikan oleh Dr. Zulkifli al-Bakri. Sewaktu balik kelihatan kereta penuh di luar masjid. Banyak kereta dipark di bahagian rumput. Kata Dr. Hassan, tak cukup parking. Dan caterer makanan jugak takjub kerana tak pernah lihat ramai orang berqiamulail sebegini. Ni pun first time diadakan qiamulail perdana seperti ini dan macam-macam aktiviti ihya ramadhan tahun 2011 ini. Penganjur dan endorsed by MB mengatakan mereka membelanjakan lebih kurang setengah juta ringgit untuk program ihya ramadhan tahun ni.

Dapat pergi  syukur, Tahun depan harapnya diteruskan progam seperti ini

 
Leave a comment

Posted by on 2011/08/28 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: