RSS

Hari Huffaz Selangor Kali ke-5

25 Aug

SHAH ALAM 22 Ogos – Sepanjang 20 dan 21 Ogos 2011 telah berlangsung Hari Huffaz Selangor bertempat di Dewan Solat Bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS). Program ini merupakan program anjuran bersama Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran, Jawatankuasa Tahfiz Selangor dan ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, MSSAAS dan JPM.

Sepanjang Hari Huffaz ini, seramai lebih 300 orang pelajar-pelajar tahfiz dari seluruh negeri Selangor telah membaca ayat-ayat suci Al-Quran secara hafazan. Majlis Perasmian Penutup Hari Huffaz Selangor telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Hajah Halimah Ali sebagai wakil kepada Menteri Besar Selangor. Majlis penutup diadakan hari Ahad, 21 Ogos 2011 jam 5.15 petang hingga 6.45 petang. Antara kehormat yang hadir termasuklah Prof. Madya Dato’ Dr Halim b. Tamuri (Pengerusi Jawakankuasa Tahfiz Negeri Selangor), S.F. Tuan Haji Ahmad Mustafa bin Mohd Sidin Al-Muqri (Imam besar MSSAAS) dan lain-lain tetamu kehormat.

20110820-huffazselangor

Majlis penutup telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Abdul Karim Omar, Pegawai Hal Ehwal Islam MSSAAS diikuti dengan ucapan perasmian Yang Berbahagia Dr. Hajah Halimah Ali. Kemudian, Majlis telah disusuli dengan penyampaian anugerah-anugerah kepada Tokoh Huffaz Negeri Selangor, Tokoh Pendidik, Tokoh Pendokong Mahad Tahfiz dan juga Anugerah Khidmat Cemerlang. Imam Besar MSSAAS telah menerima anugerah Tokoh Huffaz Negeri Selangor dalam majlis pada kali ini.

Acara lain yang turut diadakan dalam majlis ini termasuklah penyampaian sijil-sijil kepada pelajar-pelajar tahfiz dan penyampaian cenderahati kepada penaja majlis. Selepas sahaja doa penutup, majlis penyampaian saguhati kepada pelajar-pelajar tahfiz telah diadakan sebelum majlis bersurai.

20110820-huffazselangor2

via http://www.mssaas.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=196:hari-huffaz-selangor-kali-ke-5&catid=43:berita&Itemid=85

 
Leave a comment

Posted by on 2011/08/25 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: