RSS

Majlis Wacana Ilmu Titah Diraja di DATC

26 Jul

Menghadiri Majlis Wacana Ilmu Titah Diraja di DATC  

Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu (IMPAK),  Universiti Teknologi  MARA (UiTM) Shah Alam, buat julung-julung kalinya menganjurkan Majlis Wacana Ilmu Titah Diraja dengan tema “ Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Ummah” yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada Isnin, 25 Julai 2011 bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam.

Antara isu yang diutarakan dalam tajuk ini adalah lebih kepada isu bagaimana penubuhuan Sistem Beraja itu sendiri yang diamalkan di Malaysia yang diperintah oleh 9 Raja-Raja Melayu di 9 Negeri Berdaulat. Sistem ini sentiasa mengamalkan adat musyawarah dalam mengekalkan tahap kestabilan & perpaduan negara dengan melantik secara bergilir-gilir selama 5 tahun dan amalan ini tidak terdapat di mana-mana negara kecuali Malaysia. Sepatutnya kita berbangga berada di tanah air tercinta kita, MALAYSIA…

Konsep warga yang dimaksudkan adalah rakyat yang berpaksikan raja yang memang lain daripada tradisi Eropah. Contoh yang diamalkan di Perak hingga kini di mana kesetiaan rakyat kepada raja adalah dilakukan dengan adat menjunjung duli.

Daulat pula ditafsirkan sebagai darjat kemuliaan yang tinggi yang diberi kepada raja-raja melayu dalam mendapatkan hak & kuasa untuk memerintah.

Di sini, DYTM merangkupkan 3 aspek yang penting dalam mengekalkan PERPADUAN iaitu keamanan, kemakmuran dan keharmonian. Jika ketiga-tiga aspek ini ada, maka konsep perpaduan akan dapat dikekalkan.

Pelbagai pepatah diselitkan dalam titah baginda seperti “Raja & Rakyat Berpisah Tidak’, ‘Rakyat Umpama Akar, Raja Umpama Pohonnya”, “Bersultan di Mata, Beraja di Hati”, Raja Adil Raja Disimbah, Raja Zalim Raja Disanggah” (Pepatah ini pernah digunakan oleh Hang Jebat semasa berlaku pertelingkahan di Istana) dan berbagai lagi.

Raja-Raja Melayu menggabungkan 3 elemen utama yang dikatakan pepatah sakti iaitu Islam, Adat & Muafakat bagi mengelakkan persengketaan. Elemen ini sangat penting dalam memastikan perpaduan kaum di Malaysia sentiasa kekal dan harmoni di bawah pemerintahan Raja-raja Melayu yang berdaulat.

Dalam memupuk perpaduan, adalah tugas bersama raja dan warga (rakyat) dan ia menentukan perlaksanaan individual & organisasi itu sendiri. Perkara ini jarang kita teliti dan kaji.

DYTM juga menyuarakan isi hatinya dengan mengatakan “suhu politik negara semakin panas, membara.. bagaikan menanti masa untuk meluak… semakin mencalarkan nama negara. Faktor agama, kaum, budaya, bahasa dan sebagainya dijadikan alasan dengan digabungkan dengan elemen-elemen lain seperti krisis persepsi isu keadilan, kepimpinan dan sebagainya.” Cuba kita renungkan dan rasai sendiri kesedihan baginda mengenai krisis yang sedang berlaku sekarang.  Semoga peristiwa 13 Mei tidak akan berlaku sampai bila-bila dan kita sendirilah yang akan menentukan keadaan negara kita kelak…

Akhir sekali suka disini saya meletakkan satu kata-kata yang amat bernilai untuk kita hayati dan fahami bersama.. Simpanlah kata-kata ini.. “Menerima kekalahan dengan redha dan mendapat kemenangan dengan keinsafan”.

http://www.uitm.edu.my/index.php/en/current-news/472-majlis-wacana-ilmu-titah-diraja

Disamping itu dipamerkan juga foto kerabat diraja dan sejarah di Negeri Perak

 
Leave a comment

Posted by on 2011/07/26 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: