RSS

Terkini – Pengodam Laman Portal Malaysia Dikenal Pasti

20 Jun

[[posterous-content:pid___1]]
PETALING JAYA: Polis telah memiliki maklumat penggodam-penggodam yang menyerang laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my pada Rabu lalu.

Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri berkata, maklumat lanjut mengenai serangan tersebut hanya dapat didedahkan setelah serangan penggodam berhenti sepenuhnya dan penyiasatan serta post-mortem dilakukan.

Menurutnya, laman www.malaysia.gov.my telah pun kembali pulih dan beroperasi seperti biasa.

Katanya, serangan penggodaman itu masih lagi berlaku tetapi pada kadar yang minimum berbanding sebelum ini.

“Kebanyakan laman web yang digodam telah pun kembali beroperasi. Hanya segelintir yang masih belum pulih dan kini di dalam proses pembaikan.

“Namun tiada apa-apa maklumat kerajaan atau data yang hilang, bocor atau dirosakkan oleh penggodam,” katanya dalam satu kenyataan di sini , Jumaat.

Kumpulan yang menggelar diri mereka, Anonymous menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai ‘Operasi Malaysia’.

Anonymous mendakwa kerajaan melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.

Mengenai jumlah laman web yang digodam, Husin memberitahu, bilangan masih berubah-ubah disebabkan oleh serangan yang masih lagi berlaku.

Tambahnya, atas sebab-sebab keselamatan, pihaknya tidak dapat menyatakan jumlah terkini laman web yang digodam.

“Kini, tumpuan diberikan kepada usaha-usaha membaik pulih laman-laman web yang digodam dan membantu mereka mengembalikan operasi laman-laman web seperti biasa,” jelasnya.

Husin turut menasihati semua pemilik sistem, sama ada di sektor awam mahupun organisasi swasta agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan laman web mereka.

Ini kerana, katanya, ancaman penggodam bukan hanya tertumpu kepada laman-laman web milik kerajaan sahaja.

Mereka juga diminta supaya merujuk kepada CyberSecurity Malaysia, sekiranya laman web mereka digodam atau sekiranya mereka mengesyaki berlaku cubaan serangan.

Hubungi CyberSecurity Malaysia di Pusat Bantuan Cyber999 melalui saluran yang tertera di bawah:

E-mel : cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my

Nombor Telefon : 1-300-88-2999 (dipantau pada waktu kerja)

Faks : +603 89453442

Telefon bimbit : +60 19 2665850 (sepanjang masa)

Khidmat pesanan ringkas: CYBER999 REPORT ke 15888

Waktu kerja: Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

http://www.cybersecurity.my

http://www.cybersafe.my

[[posterous-content:pid___0]]

————————————————————————————————————————————

 

Polis telah mengesan pengodam a.k.a Anonymous laman web Malaysia  

 

 

 
Leave a comment

Posted by on 2011/06/20 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: