RSS

Konvensyen ICC Perpustakaan Semalaysia Ke-3- Langkawi Kedah

15 Jun

[[posterous-content:pid___0]]Satu Konvensyen Kumpulan Inovatif & Keratif  (KIK/ICC) Perpustakaan Semalaysia kali Ke-3 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dengan kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Utara di adakan pada 9 -11 Jun 2011 bertempat di Hotel City Bayview, Langkawi.

[[posterous-content:pid___1]]

Perpustakaan UiTM, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) menghantar 2 KIK iaitu:
Kumpulan : TITANIUM dengan  Tajuk Projek: Mempercepatkan Penyediaan Surat Panahanan Konvokesyen dan
Kumpulan : SOLVE dengan Tajuk Projek: Kesukaran Menyediakan Kekulit Buku.

Beberapa orang staf Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (JPSTM) telah terlibat. Sekalung tahniah kepada Kumpulan : SOLVE kerana telah mendapat tempat ketiga  yang menerima hadiah wang tunai RM1,500 

[[posterous-content:pid___2]]

Sebelum ini pada 2 siri KIK/ICC Perpustakaan Semalaysia telah di menangi oleh Kumpulan : e-Wave dari JPSTM dua tahun berturut-turut. 

Konvensyen ICC Perpustakaan SeMalaysia ke – 2 , 
Le Meridien Kota Kinabalu, Sabah (25 – 27 September 2009) 

Kategori Perpustakaan Akademik:
Projek KIK : Menambah Kemudahan Mesin Pinjaman Buku Layan Diri Di Perpustakaan
– Johan (e-Wave)
– Persembahan Terbaik-(e-Wave)
– Fasilitator Terbaik – Ahmad Faizar Jaafar (e-Wave)

http://ahmadfaizar.blogspot.com/2009/09/keputusan-konvensyen-icc-perpustakaan.html


Konvensyen ICC Perpustakaan SeMalaysia  – 1 ,
Hilton, Kuching, Sarawak,  (3-4 Nov 2008)

Projek KIK : Computer Lab Information System
– Hadiah Pertama (e-Wave)
– Hadiah Fasilitator Kumpulan ICC Terbaik- En. Ahmad Faizar Jaafar (e-Wave)
– Hadiah Khas Persembahan Projek ICC Terbaik (e-Wave)

http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2008/11/keputusan-konvensyen-icc-perpustakaan.html

http://library.uitm.edu.my/inovasi/index.php?option=com_content&view=article&id=75&Itemid=2

Berita seterusnya:

LANGKAWI, 12 Jun (Bernama) — Kumpulan Whopedia dari Pusat Maklumat dan Perpustakaan Bernama (InfoLib) menjuarai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan SeMalaysia kali ketiga, yang berlangsung selama tiga hari di sini dan berakhir semalam.

Sebanyak 12 pasukan melibatkan perpustakaan awam seluruh negara menyertai konvensyen anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dengan kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Utara.

InfoLib diwakili Pengurusnya, Hasnita Ibrahim sebagai ketua pasukan, Rozlen Mustapa (penolong ketua pasukan), Jizni Azrin Juhari (setiausaha) serta Masfaliza Masmuda, Abdul Halim Ariffin, Haidazira Manan dan Wan Mohd Rady Wan A. Rahman, manakala Pengurus Pusat Kecemerlangan Norhayati Jantan bertindak sebagai fasilitator.

Whopedia yang membentangkan tajuk “Pelanggan Kad Profil Tokoh Rendah” membawa pulang wang tunai RM3,500, trofi dan sijil.

Tempat kedua dimenangi Kumpulan Klik dari Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajuk “Mempermudahkan Pencarian e-Jurnal Teks Penuh Langganan Perpustakaan”, untuk meraih wang tunai RM2,500, trofi dan sijil.

Tempat ketiga diraih Kumpulan Solve dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menerima hadiah wang tunai RM1,500 melalui pembentangan “Kesukaran Menyediakan Kekulit Buku”.

Turut bertanding ialah Kumpulan I-Solution dari Perpustakaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kumpulan Prodigy 6 dari Pustaka Negeri Sarawak, Kumpulan Monsopiad dari Perpustakaan Negeri Kedah, Kumpulan Smart Acqlib dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kumpulan Smart Layer dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

Kumpulan Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (UiTM), Kumpulan Inspirasi dari Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Kumpulan i-SMART dari Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Kumpulan Pantas 3 (UKM).

Konvensyen itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berhubung produktiviti dan kualiti, selain menitikberatkan KIK sebagai satu alat untuk penyelesaian bagi penambahbaikan berterusan.

Ia juga memberi peluang kepada peserta membentang idea dan projek mereka selain berkongsi pengalaman KIK masing-masing.

sumber — BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=593320

 
Leave a comment

Posted by on 2011/06/15 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: