RSS

Lintas Langsung Majlis Perkahwinan Diraja ( Royal Wedding Prince William and Kate Middleton )

30 Apr

http://google-latlong.blogspot.com/2011/03/fairytale-marriage-google-earth-and.html

http://www.officialroyalwedding2011.org/

Lintas langsung Perkahwinan diRaja Britain semalam mencatatkan rekod dalam tayangan video online semalam, mengatasi perlawanan akhir Piala Dunia 2010 sebagai acara langsung yang paling ditonton di Internet, kata penyedia perkhidmatan Akamai. 

Syarikat penyedia pelayan itu berkata, seramai 2.4 juta akses telah dicatatkan ketika perkahwinan tersebut berbanding 1.6 juta semasa perlawanan akhir Piala Dunia. Akamai menjangkakan sebanyak 5.4 juta kali klik seminit dilakukan ke atas bahagian berita perkahwinan diraja tersebut, yang juga acara berita yang kelima paling dilawati dalam sejarah. – DPA 

Selain dari itu Guinness World Records menjangkakan pasangan diraja ini akan memecahkan beberapa rekod dunia dalam kategori perkahwinan. 

Berikut adalah jangkaan diperoleh daripada buku Guinness World Records: 
1. Penonton televisyen paling ramai.  
Dianggarkan seramai 750 juta orang dari 74 negara menonton perkahwinan serba mewah Putera Charles dan Puteri Diana pada 1981. Dengan perkembangan media dan perhatian masyarakat tentang perkahwinan selebriti, perkahwinan William dan Kate Middleton bakal ditonton lebih ramai orang, mungkin mencecah satu bilion. 

2. Pasangan paling dirujuk di Internet.  
Pada era teknologi maju ini setiap maklumat terkini dapat diperoleh melalui Internet. Peminat pasangan diraja pasti melayari laman web apa saja untuk mengetahui berita mengenai mereka. Waktu ini, pasangan Khloe Kardashian dan Lamar Odom menduduki tempat pertama perkahwinan selebriti yang dirujuk pengguna Internet.

3. Kek perkahwinan terbesar.  
Dengan jumlah tetamu yang ramai, William dan Kate memerlukan kek perkahwinan yang besar dan mahal. Menurut Guinness World Records, kek perkahwinan terbesar adalah seberat 6.8 tan yang dihasilkan tukang masak di Mohegan sun, Connecticut, Amerika Syarikat untuk acara pameran perkahwinan pada 2004. 

4. Potongan kek perkahwinan paling mahal. 
Berdasarkan rekod, potongan kek kahwin Duke dan Duchess of Windsor pada 1937 dijual pada harga AS$29,900 (RM) pada 1998 di pusat lelongan Sotheby’s. Dan kek buah William dan Kate dijangka tahan lebih lama dan pasti dijual dengan harga lebih mahal.

5. Gaun termahal dan paling panjang.
Tidak ada siapa yang tahu bagaimana rupa gaun perkahwinan yang akan dipakai Kate kerana masih dirahsiakan. Rekod, gaun pengantin paling bergemerlapan dibuat daripada 43,000 kristal di Romania tahun lalu. Tudung pengantin Lubnan, Sandra Mechleb terhampar sepanjang 3.3 kilometer pada 2009. 
sumber: harian metro


 
Leave a comment

Posted by on 2011/04/30 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: