RSS

PESTA BUKU SELANGOR 201

26 Jun

Telah bermula Pesta Buku Selangor 2010 dan bercadang bawa keluarga, anak2 ke Pesta Buku serta ke pelbagai aktiviti yang akan diadakan sempena Pesta ini. Hajat hati nak menjadikan anak-anak orang yang berilmu , orang berilmu seharusnya luas pengetahuannya terutama dengan membaca, mendengar , melihat , memerhati dan sebagainya. Maka ayahnyalah dulu kena mulakan minat membaca dan menjadikan budaya dikalangan anak-anak dan keluarga kita, Oleh itu jom kita beramai-rami ke PESTA BUKU SELANGOR 2010 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 

Ia merupakan program tahunan dan pelaksanaan Pesta Buku ini adalah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTP), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor FM, PTS Millennia, Karangkraf, Sinar Harian, Selangor fm, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Swasta, NGO dan pihak Media.

Tempat: Kompleks PKNS, Shah Alam
Tarikh: 25 Jun – 5 Julai 2010 (11 hari)
Jam: 10 pagi – 9 malam

PESTA BUKU SELANGOR 2010.doc

 

OBJEKTIF

1 Memberi peluang kepada komuniti untuk memilih dan memperolehi bahan bacaan berkualiti tinggi serta terkini;

2 Meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca;

3 Memaju dan menggalakkan penerbitan serta perusahaan buku di negeri ini;

4 Meneruskan rangkaian harmoni di kalangan golongan iktisas yang berkait rapat dengan penerbitan dan pembangunan buku;

5 Mengenalpasti pelbagai inisiatif baru media pembelajaran, dan bacaan yang sesuai untuk semua golongan masyarakat maupun institusi; dan

6 Memberi perhatian kepada penerbitan buku-buku yang mengandungi sistem peradaban, nilai dan budaya Malaysia. Oleh yang demikian, perkembangan penerbitan buku-buku tempatan akan dapat mencapai hasrat dan wawasan kerajaan untuk mewujudkan generasi berilmu yang maju melalui pembacaan.

 

RASIONAL

1 Menjadi salah satu agenda utama dari program Gerakan Membaca Peringkat Negeri

2 Meneruskan usaha untuk menjadikan Pesta Buku Negeri Selangor ini yang terbaik di Malaysia sekaligus menjadikannya kesinambungan kepada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

3 Memberi peluang dan ruang kepada penerbitan buku-buku tempatan.

4 Sambutan di luar jangkaan 4 tahun penganjuran serta maklumbalas tempahan penyertaan yang telah diterima meningkat dari semasa ke semasa.

5 Mengisi minda generasi muda serta keluarga dengan membentuk citarasa dan nilai mereka terhadap bahan yang dibaca di samping memperkukuhkan budaya ilmu di dalam keluarga.

6 Hubungkait yang kuat di antara perkembangan buku dengan dunia pendidikan.

7 Pesta buku seperti ini akan dapat memberi indicator kepada penerbit dan industri buku khususnya, serta pengguna dan pembaca amnya, dalam mengenalpasti keperluan, bidang atau jenis buku yang perlu diterbitkan.

PENYERTAAN PEMPAMER

Pesta Buku Selangor 2010 akan disertai oleh pelbagai penerbit dan pengedar buku yang akan mempamerkan pelbagai buku-buku terbitan dalam dan luar negara.

Sebanyak 55 buah syarikat dijangkakan akan menyertai pameran ini dengan jumlah gerai 114 buah.

Sasaran pengunjung tahun ini adalah seramai 400,000 orang. Antara pempamer yang akan menyertai adalah Blue T Publication yang terkenal dengan Majalah Ana Muslim, Kohwai & Young, Moy Publications, Kualiti Books, PTS Publications, Kumpulan Karangkraf, Alaf 21, Telaga Biru, Al-Hidayah, Dewan Bahasa & Pustaka dan lain-lain

Buku-buku yang akan dipamerkan termasuklah buku bacaan umum, buku rujukan pelajaran sekolah/universiti, buku cerita kanak-kanak dan dewasa, buku kreatif, ensiklopedia, novel dan majalah. Beberapa syarikat juga bersedia menawarkan diskaun istimewa kepada pengunjung, terutamanya pelajar.

CADANGAN AKTIVITI SAMPINGAN

Pelbagai aktiviti sampingan yang akan melibatkan semua kategori iaitu dewasa, remaja

dan kanak-kanak akan diadakan dipentas aktiviti.

1 Aktiviti bersama Karangkraf, Upin & Ipin dan Knowledge Discovery (penerbit majalah)

2 Aktiviti Bersama ilustrator

3 Dailog dan Sesi bersama penulis buku terkenal

4 Kempen keahlian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

5 Aktiviti dari Perpustakaan Awam Negeri – jemputan

6 Baca Cerpen, Kuiz, Forum, Nasyid dan sebagainya

7 Persembahan Boneka PPAS

8 Pelbagai pertandingan seperti peraduan mewarna, melukis dan bercerita (penyertaan tabika dan sekolah-sekolah).

NATIJAH

  1. Terus menghidupkan dan memberi sokongan kepada industri penerbitan buku.
  2. Menggalakkan perkembangan penyelidikan dalam keperluan bahan bacaan untuk komuniti.
  3. Melaksanakan dasar dan saranan yang terkandung di dalam Dasar Buku Negara.
  4. Secara tidak  langsung, menarik kedatangan pelancong dan menjadi daya tarikan bagi industri perhotelan dan outlet perniagaan.
  5. Memberi peluang kepada warga Lembah Klang dan kawasan sekitarnya meneroka bahan-bahan bacaan terkini.
  6. Mewujudkan rangkaian yang sihat sebagai tempat pertemuan penerbit, penulis, pustakawan, pendidik para ilmuan berkumpul.

Pesta Buku Selangor 2010 merupakan kesempatan yang baik kepada seluruh penduduk Selangor mahupun negeri-negeri berhampiran untuk membawa keluarga dan anak-anak bagi mendapatkan bahan bacaan untuk seisi keluarga. Peluang istimewa yang menghimpunkan pelbagai buku di bawah satu bumbung dengan pelbagai aktiviti hanya berlangsung sekali setahun. Semoga kesempatan ini tidak dilepaskan dalam menanam minat membaca kepada keluarga dan anak-anak kita.

Pertanyaan lanjut sila berhubung:-

Urusetia : En. Sarwani – 03-55197667
sambungan 204 / 019-5672245
Program/Aktiviti : Pn. Suzliana -03-55197667

http://www.ppas.gov.my/ 
http://www.pestabukuselangor.com/

 
Leave a comment

Posted by on 2010/06/26 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: